Tuesday, 28 June 2011

Malaysia VS Taiwan


Saksikan Siaran Langsung Perlawanan Malam Ini
Pra - Kelayakan Piala Dunia 2014 :29 JUN 2011Malaysia lwn Taiwan dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.08.45 Malam.


Good Luck Malaysia!!!!!

Sunday, 19 June 2011

Malaysia ikat Lebanon

Skuad Olimpik Malaysia berjaya mengikat tuan rumah yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Spot City,Beirut.Malaysia akan bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun ini untuk perlawanan kedua.
Ayuh semua kita ke Bukit jalil.....Kibarkan bendera Malaysia Tercinta...

Tuesday, 14 June 2011

Saingan 3 Penjuru

Perlawanan Liga Super Malaysia diteruskan dengan 6 lagi perlawanan akan berlangsung esok. Kelantan boleh mengesahkan kejuaraan Liga Super sekiranya mereka menang menentang Perka di Kota Bharu dan 2 pesaing terdekat, Terengganu dan Selangor tidak menang perlawanan masng-masing. Pasukan Harimau Muda sekali lagi tidak bermain kerana mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Olimpik Qatar sebagai persediaan menghadapi kelayakan Olimpik 2012. Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Super perlawanan 25:

Perlawanan antara Kelantan dan Perak akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena bermula jam 8.30 malam. Perlawanan antara selangor dan Felda United pula disiarkan menerusi siaran tertunda bermula jam 11.30 malam. Bersama-sama kita memeriahkan arena bolasepak negara.

Monday, 13 June 2011

Hatrik Bagi Penyu

Tahniah bagi pasukan Terengganu yang berjaya menjadi juara keseluruhan bagi sukma kali ini.Ini menjadi kemenangan ke-3 bagi negeri pantai timur itu selepas menjadi juara pada edisi yang di adakan di Terengganu dan Melaka sebelum ini.
Wajah-wajah sang juara.....

Nantikan Kejohanan SUKMA yang akan di adakan di negeri tok gajah pula pada tahun hadapan....!!!!

Friday, 10 June 2011

Road to Final


Pertemuan yang dinantikan pada malam ini,dua musuh tradisi akan berentap pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil!
Sebelum itu,mari kita lihat perjalanan setiap pasukan sebelum sampai ke FINAL.
Pusingan pertama:
               USM FC vs Terengganu              T-team vs Kelantan
                              2-3                                             1-1(5-4)
Pusingan kedua:
                ATM vs Terengganu                   Johor FC vs Kelantan
                             2-3                                                  0-1
Suku akhir:
                Perak vs Terengganu                  Kelantan vs Felda United
                        agg(5-4)                                         agg(5-2)
Separuh akhir:
                Pahang vs Terengganu                Selangor vs Kelantan
                         agg(5-2)                                       agg(6-2)
Akhir:
                                 TERENGGANU vs KELANTAN
                                                         ??????


Thursday, 9 June 2011

Si Kijang atau Si Penyu?????


Perlawanan terpenting dalam saingan liga tempatan tahun ini iaitu Final Piala FA akan menemukan 2 pasukan berjiran di pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pertembungan ini sememangnya dinanti-nantikan semua peminat bolasepak tanahair terutama peminat kedua-dua pasukan ini. Kelantan masih segar dari kejayaan menewaskan lawan mereka itu di dalam saingan Liga Super minggu lepas kini mempunyai keyakinan yang tinggi manakala Terengganu pula mahu melupakan segera kekalahan yang mengecewakan itu dengan memenangi Piala pertama mereka dalam tempoh 10 
tahun.

Perbandingan Kelantan-Terengganu

Penjaga Gol:
Khairul Fahmi bakal yang kembali dari perlawanan persahabatan di kemboja bersama skuad Olimpik bembingan Ong Kim Swee akan kembali di gawang Kelantan selepas terlepas aksi di Kuala terengganu minggu lepas. Sharbinee Allawee pula tidak mahu kesilapannya minggu lepas berulang lagi di final ini. Kedua-dua penjaga gol dilihat mempunyai keupayaan agak sama dengan sedikit kelebihan kepada Khairul Fahmi yang lebih konsisten.
Rating: Kelantan 9/10; Terengganu 8/10

Pertahanan:
Kelantan bakal menerima kembali khidmat S. Subramaniam yang mengalami kecederaan minggu lepas dan akan bergandingan dengan Farisham Ismail. Bek kiri, Zairul Fitree juga bakal diturunkan selepas digantung untuk perlawanan Liga Super dan Daudsu jamaludin seperti biasa akan bermain di bek kanan. Terengganu pula akan kehilangan khidmat Muhaimin Omar yang cedera teruk akibat perlanggaran dengan Sharbinee dan tempatnya akan digantikan dengan Mazlizam Mohd yang akan bergandingan dengan kapten, Marzuki Yusof. Helmi Remeli akan bermain di bek kanan manakala Zubir Azmi akan kembali mengemudi bek kiri selepas bersama-sama khairul fahmi dengan skuad Olimpik minggu lepas. Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan yang sama di bahagian pertahanan.
Rating: Kelantan 8/10; Terengganu 8/10

Tengah:
Di bahagian tengah pula, kedua-dua pasukan mempunyai keupayaan yang agak sama. Kelantan tentunya mengharapkan dua pemain sayap, Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu untuk mengucar-kacirkan pertahanan Terengganu dengan kelajuan yang dimiliki mereka. Keserasian antara Shakir Shaari dan kapten Badhri Radzi merupakan tunjang kepada kejayaan Kelantan dalam saingan Liga setakat ini. Dengan hantaran-hantaran tepat ang mengelirukan pertahanan lawan juga keupayaan menjaringkan gol dari luar kotak penalti. Terengganu pula mendapat tonik yang baik apabila Ashaari Samsudin akan kembali bersama skuad selepas digantung untuk perlawanan Liga super. Ashaari sememangnya satu watak yang penting untuk Terengganu dan mempunyai teknik dan kemahiran kawalan bola yang tinggi. Kelibat Joseph Kallang juga tidak kurang pentingnya. Kebanyakan gol yang diperolehi Terengganu musim ini banyak berpunca dari hantarannya yang tepat. Gandingan Reeshafik Alwi dan Ismail Faruqi yang baik juga antara punca Terengganu menjadi pasukan yang digeruni di saingan Liga musim ini. Jika dibandingkan, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing di kawasan tengah.
Rating: Kelantan 9/10; Terengganu 8.5/10


Serangan:
Prestasi 2 penyerang kebangsaan, Abdul Hadi Yahya dan Norshahrul Idlan dijangka bakal menjadi penentu kepada keputusan perlawanan ini. Norshahrul kini pendahulu carta penjaring terbanyak dengan 16 gol selepas 2 gol semasa menetang Terengganu minggu lepas. Dia tentunya akan dikawal rapi oleh pertahanan Terengganu dalam perlawanan akhir nanti. Norshahrul mungkin akan dibantu oleh Azuan Solahudin yang cemerlang dalam aksi minggu lepas dimana dia menjaringkan gol pembukaan kelantan malam itu. Terengganu pula berharap 2 penyerang mereka, Abdul Hadi dan Manaf Mamat dapat beraksi lebih baik dari perlawanan minggu lepas dimana mereka gagal menjaringkan sebarang gol. Mereka bertanggungjawab menjaringkan 26 daripada keseluruhan 45 gol yang dijaringkan Terengganu dalam Liga Super musim ini. Terengganu mungkin mempunyai sedikit kelebihan di bahagian serangan dengan keupayaan 2 penyerang mereka. kelantan pula mungkin menjadikan Azuan sebagai 'back-up' kepada penyerang solo, Norshahrul.
Rating: Kelantan 8/10; Terengganu 9/10

Wednesday, 8 June 2011

Nantikan Perlawanan yang Ditunggu-tunggu


INTERNATIONAL FRIENDLY 2011

18 JUN 2011
MALAYSIA vs MYANMAR
- STADIUM SULTAN MUHAMMED Ke-IV -
.........
[Tiket]
ASTAKA = RM30 - RM50
TERBUKA = RM15
KANAK2 = RM5See more
Perlawanan Persahabatan Pasukan Kelayakan Piala Dunia Malaysia lwn Myanmar
Location: Stadium Sultan Muhammed IV
Time: Saturday, 18 June 2011 20:30..

Tuesday, 7 June 2011

Kesilapan atau Kelemahan???


SSkuad Olimpik Malaysia mengalami kekalahan apabila ditewaskan pasukan Olimpik Kemboja 1-0 di Stadium olimpik Phnom Penh disini sebentar tadi. Inilah salah satu dari perlawanan persahabatan yang diatur sebagai persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik London 2012 menetang Lubnan 19 Jun nanti.

Kemboja mendahului seawal minit ke-10 apabila rembatan penyerang mereka, Kuoch Sokumpheak gagal diselamatkan Khairul Fahmi yang juga kapten pasukan. Malaysia kemudian cuba mencari gol penyamaan tetapi ketumpulan bahagian serangan yang diterajui Izzaq faris mengecewakan Malaysia. Kecemerlangan penjaga gol Kemboja juga menjadi punca kegagalan Malaysia memecah kebuntuan biarpun mengusai permainan di separuh masa kedua. Kemboja yang bermain dengan 10 pemain lewat permainan kental bertahan dengan asakan bertali arus Malaysia dengan hujan lebat sedikit sebanyak mengganggu permainan. Keputusan penuh kemboja menewaskan Malaysia 1-0.

Malaysia akan mengadakan 1 lagi perlawanan persahabatan menentang Qatar di Doha minggu depan dan jurulatih, Ong Kim Swee semestinya bekerja keras untuk menaikkan kembali semangat pasukan dan merancang strategi yang lebih berkesan sekiranya bercita-cita untuk mara lebih jauh dalam kelayakan Olimpik.

Mampukah Skuad Negara???

Mampukah pasukan olimpik Malaysia mengecapi kemenangan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan olimpik Kemboja???
Pasukan negara dilihat tidak berdepan masalah menentang tuan rumah.Skuad negara dibarisi pemain-pemain yang berkaliber seperti MUSLIM,MAHALI,KHAIRUL FAHMI,FAKRI dan ramai lagi mampu mempamerkan aksi terbaik.
Jadi,jangan melepaskan peluang menyaksikan perlawanan antara pasukan olimpik Kemboja dan pasukan olimpik negara pada 7 JUN 2011 pada jam 5 petang live di ASTRO ARENA.


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!