Tuesday 12 July 2011

Pemain Import Kembali Beraksi 2012


Saingan liga tempatan juga bakal diwarnai kembali pemain import sejak diharamkan pada 2009 apabila badan induk bola sepak negara itu membenarkan khidmat dua pemain asing bermula musim depan 2012.

Format Liga Malaysia (Liga M) 2012 kekal sebagaimana yang berlangsung musim ini. Ini bermakna 14 pasukan akan bersaing dalam kempen Liga Super, manakala 12 pasukan berentap pada saingan Liga Premier.

FAM menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu ia bukanlah sesuatu yang wajib kepada mana-mana pasukan yang bersaing kerana ia bergantung kepada kemampuan kewangan.

FAM akan meletak syarat untuk mengambil pemain import bagi mengelakkan masalah berkaitan gaji berulang. Setiap pasukan perlu membayar deposit kepada FAM mengikut tempoh kontrak dan jumlah gaji dibayar kepada pemain terbabit.


Pemain import bakal diambil juga bersyarat bagi memastikan kualitinya dengan hanya pemain kebangsaan yang boleh beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya diambil dari kalangan negara Asia Tenggara.

Bagi pemain dari negara Konfederasi Bola Sepak Asia dan Konfederasi Bola Sepak Oceania, mereka sekurang-kurangnya beraksi dalam Divisyen 1. Pemain lain pula seperti Uefa dan Amerika Selatan pula perlu dari Divisyen 2.

Manakala undian Piala Malaysia akan diadakan pada 3 Ogos depan, dan saingan akan bermula pada September iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment