Wednesday 6 July 2011

Liga Super 2011 milik Kelantan


Liga Super, The Red Warriors Tewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas 

NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.
Namun, dua gol penyerang kebangsaan itu gagal membantunya memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga selepas penyerang Terengganu, 
Abdul Hadi Yahaya (gambar) meledak empat gol ketika Terengganu membelasah FELDA United 6-2.Sekaligus menjadi pemenang kasut emas musim 2011.

Kejayaan ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk menghadapi misi mempertahan­kan kejuaraan Piala Malaysia selepas ini,” kata pengendali Kelantan, Datuk M Karathu. “Pada awalnya memang situasi agak tertekan, tetapi gol pembukaan Norshahrul sedikit meredakan tekanan. 

Kejayaan skuad the red warriors itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulang piala liga super.

Lebih manis, ia adalah trofi kedua dalam koleksi The Red Warriors musim ini selepas memenangi perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0, selain mengubati kedukaan tewas kepada Terengganu 2-1 dalam final Piala FA. 
Kelantan hanya mengambil masa lima minit sebaik bermula bagi meredakan tekanan tinggi perlawanan itu apabila Norshahrul me­nembusi gawang dikawal Azizon Abdul Kadir. 

Gol berpunca daripada lontaran Daudsu Jamaluddin yang gagal dikeluarkan benteng Sabah sebelum Norshahrul yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan di Taiwan, mudah menolak masuk untuk gol ke-17 musim ini. 

Penyerang mesra dikenali Mat Yo itu mengulangi sentuhan pemusnahnya di babak kedua apabila melambung cantik untuk memperdayakan Azizon pada minit ke-71, sebelum Razlan Oto merapatkan kedudukan buat tuan rumah lima minit kemudian. Apapun tahniah juga kepada pasukan penyu yang dapat memintas Selangor ke tangga ke 2 liga apabila membelasah felda united di stadium Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment